Kerjaya antarabangsa Mario_Gómez

Gómez bermain untuk Jerman pada 2011.

Gómez memegang kewarganegaraan Sepanyol dan Jerman tetapi bermain kesemua perlawanan pasukan remaja Jerman sejak usia 17. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada 7 Februari 2007 menentang Switzerland, Jerman menang 3-1 dan Gomez menjaringkan gol kedua buat Jerman. Pada perlawanan kedua, beliau menjaringkan dua gol pada saingan kelayakan Euro 2008 menentang San Marino, 6-0.

Selepas Gómez tampil pada perlawanan persahabatan pra-kejohanan, Joachim Löw memanggil beliau untuk skuad Jerman ke Euro 2008. Low mengatur jentera serangan akan diambil oleh Lukas Podolski dan Miroslav Klose, Podolski dikeluarkan untuk ke sayap kiri dan Gomez bersama Klose bermain di bahagian penyerang. Beliau tidak banyak bermain pada Euro tetapi beliau bermain pada perlawanan akhir menentang Sepanyol. Beliau menggantikan Klose dan tidak berjaya mengubah keputusan tewas 1-0 pada 29 Jun 2008.

Pada satu perlawanan persahabatan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 2 Jun 2009, Gomez menjaringkan empat gol dan pasukannya menang 7-2.

Gómez termasuk dalam skuad 23 pemain ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Beliau bermain empat daripada tujuh perlawanan Jerman di Piala Dunia iaitu menentang Australia, Serbia, England dan Sepanyol. Beliau tidak berjaya menjaringkan sebarang gol di kejohanan dunia tersebut.

Walaupun menjadi pilihan kedua penyerang di belakang Miroslav Klose ketika kempen kelayakan Euro 2012, Gomez bermain dengan baik dan menjaringkan banyak gol, termasuk menentang Kazakhstan, Austria, Azerbaijan, Turki dan juga Belgium.

Gomez menjadi kapten pasukan Jerman buat pertama kali ketika seri 3-3 menentang Ukraine.

Gómez menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Portugal pada perlawanan pertama UEFA Euro 2012. Beliau kemudian menjaringkan dua gol ketika menentang Belanda. Pada akhir kejohanan, beliau menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan menjaringkan tiga gol bersama dengan Fernando Torres. Tetapi keputusan memihak kepada Torres kerana beliau membuat satu hantaran.

Selepas mengalami kecederaan pada musim 2013-14, beliau tidak termasuk dalam skuad Piala Dunia FIfa 2014 oleh Joachim Low.

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1.7 Februari 2007Düsseldorf, Jerman Switzerland2–03–1Persahabatan
2.2 Jun 2007Nuremberg, Jerman San Marino4–06–0Kelayakan Euro 2008
3.5–0
4.6 Februari 2008Vienna, Austria Austria3–03–0Persahabatan
5.26 Mac 2008Basel, Switzerland Switzerland2–04–0Persahabatan
6.3–0
7.2 Jun 2009Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu2–07–2Persahabatan
8.4–0
9.5–0
10.7–2
11.5 September 2009Leverkusen, Jerman Afrika Selatan1–02–0Persahabatan
12.29 Mei 2010Budapest, Hungary Hungary2–03–0Persahabatan
13.11 Ogos 2010Copenhagen, Denmark Denmark1–02–2Persahabatan
14.12 Oktober 2010Astana, Kazakhstan Kazakhstan2–03–0Kelayakan Euro 2012
15.29 Mac 2011Mönchengladbach, Jerman Australia1–01–2Persahabatan
16.29 Mei 2011Sinsheim, Jerman Uruguay1–02–1Persahabatan
17.3 Jun 2011Vienna, Austria Austria1–02–1Kelayakan Euro 2012
18.2–1
19.7 Jun 2011Baku, Azerbaijan Azerbaijan2–03–1Kelayakan Euro 2012
20.7 Oktober 2011Istanbul, Turki Turki1–03–1Kelayakan Euro 2012
21.11 Oktober 2011Düsseldorf, Jerman Belgium3–03–1Kelayakan Euro 2012
22.31 Mei 2012Leipzig, Jerman Israel1–02–0Persahabatan
23.9 Jun 2012Lviv, Ukraine Portugal1–01–0UEFA Euro 2012
24.13 Jun 2012Kharkiv, Ukraine Belanda1–02–1UEFA Euro 2012
25.2–0